Friday, January 17, 2014

I'M NO LONGER THE CHAIRMAN...


Salam semua... maka pada 1 Desember 2013 lepas, saya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi di Badan Pengurusan Bersama Sri Palma Villa.  Umur yang semakin meningkat dan kesihatan yang semakin menurun membuatkan saya berfikir dan hasilnya, saya lepaskan jawatan sukarela ini. Saya tidak merasakan mampu untuk melayani segala macam tohmahan dan ugutan dan cukuplah bagi saya memberikan perkhidmatan selama 5 tahun sejak April 2008 hingga Nov 2013.

Walaupun demikian, saya masih berminat untuk meneruskan blog ini yang telah dihentikan suatu ketika dahulu atas sebab ada AJK yang berminat untuk menghasilkan blog yang lebih baik.  Blog rasmi bagi Badan ini adalah www.sripalmavilla.com.  Tuan-tuan boleh melawat website tersebut bagi mengetahui maklumat tentang kediaman ini, walaubagaimana pun, perlu saya maklum bahawa, AJK berkenaan juga telah meletakkan jawatan beliau pada Mesyuarat Agung yang lepas maka saya tidak pasti samada blog tersebut telah dikemaskini.

ICS yang saya cipta kini dihentikan bagi memberi laluan kepada sistem "property management" yang baru yang dipanggil sebagai Advelsoft.  Aturcara baru ini dibeli Perbadanan pada bulan May 2013 dan kini berada diperingkat akhir migrasi.  ICS terakhir yang dicetak adalah pada 30 November 2013 dan kesemua ICS ini telah saya kemukakan kepada pengurusan baru beberapa minggu yang lalu untuk diposkan kepada kalian semua.  Seperti biasa, semaklah dengan teliti ICS tersebut dan pastikan semua pembayaran yang telah dibuat, dijumlahkan sama didalam ICS tersebut.  Sekiranya tidak, hubungi mereka di finance@sripalmavilla.com.

Isteri dah memanggil untuk minum petang... sekarang ada masa untuk minum petang... so saya undur diri dahulu.  Insyallah kita jumpa lagi di coretan akan datang...

Salam hormat...

Azman Badaruddin


Tuesday, October 11, 2011

Blog baru dan FB Group SPV

Anda boleh lawati blog Sri Palma Villa Blok 1,2,3 dan 6 yang baru di www.SriPalmaVilla.com

Anda juga boleh sertai FB group SPV di http://www.facebook.com/groups/sripalmavilla


Thursday, July 14, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE EMPAT




Salam bahagia.


Pada 17 Julai 2011 ini, di Mesyuarat Agung Tahunan Ke Empat, saya dan semua ahli JMC akan meletakkan jawatan atas kehendak Akta 663/2007. Ini bagi memberi laluan kepada mereka-mereka yang lebih berwibawa untuk menerajui Perbadanan ini ke hala tuju yang lebih cermelang.


Mereka-mereka yang ingin dicalonkan perlulah tidak mempunyai tunggakkan dalam pembayaran MMC. Mereka-mereka yang mengundi juga perlu bebas dari hutang MMC.


Perasmian akan dilakukan oleh En. Haizul Bin Abdul Hamid, Persuruhjaya Bangunan dari Majlis Perbandaran Nilai.


Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

Azman Badaruddin
Pengerusi 2008/2011

Monday, June 20, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE EMPAT


Mesyuarat Agung Tahunan Ke Empat akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh: 17 Julai 2011
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna SPV1236

Semua pemilik diwajibkan hadir bagi menentukan hala tuju Perbadanan. Antara agenda yang akan diperbincangkan adalah seperti berikut:

1. Menetapkan caj penyelenggaraan dan pengurusan bagi tahun 2011/2012
2. Pembubaran AJK Pengurusan (JMC) dan melantik AJK baru seperti yang termaktub di dalam Akta 663.
3. Cukai Tanah.
4. Hal-hal semasa.

Mesyuarat, insyallah akan dirasmikan oleh Persuruhjaya Bangunan dari Majlis Perbandaran Nilai.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Azman Badaruddin
Pengerusi

p/s: Makan tengahari dan minum petang akan disediakan.

Tuesday, May 17, 2011

DEFAULTER LIST




Salam bahagia,


Sebagaimana yang dijanjikan dan setelah tamatnya tempoh bagi Notis Kedua, bersama-sama ini disertakan surat dan senarai unit-unit yang GAGAL untuk membayar caj penyenggaraan dan pengurusan semenjak April. Atas sebab itu, Perbadanan tiada pilihan lain selain dari membawa mereka-mereka ini ke makhamah bagi menuntut caj-caj yang tertunggak tersebut. Sebagai makluman, jumlah caj tertunggak dalam senarai ini berjumlah melebihi RM3.4 juta. Senarai yang dimajukan di sini adalah sekadar ringkasan sahaja namun senarai lengkap akan di kemukakan kepada pihak Majlis Perbandaran Nilai dan peguam Perbadanan untuk tindakkan mereka selanjutnya.

Sekian, terima kasih.



Azman Badaruddin

Pengerusi

Saturday, April 23, 2011

NOTIS KEDUA

Maaf kerana saya tiada pilihan lain dalam menjalankan tugas sebagai Pengerusi di Perbadanan ini selain daripada mengeluarkan Notis Kedua pada bulan ini. Notis pertama telahpun dikeluarkan pada bulan Januari lepas dan tempoh 3 bulan untuk melunaskan semua hutang tertunggak sepatutnya telah digunakan dengan sebaiknya.

Notis Kedua ini akan tamat tempohnya pada hujung bulan ini. Selepas ini, satu senarai "defaulter" akan ditampalkan di papan notis. Satu senarai juga akan dimajukan kepada peguam Perbadanan untuk tindakkan mereka selanjutnya. Pada kebiasaannya, pihak peguam akan mengeluarkan satu lagi notis sebelum menfailkan perkara ini ke makhamah. Pihak peguam juga akan mengenakan caj RM50.00 bagi pengeluaran notis tersebut. Caj ini bersama dengan caj makhamah nanti akan terpaksa dibayar oleh kalian semua.

Satu senarai juga akan dimajukan kepada Persuruhjaya Bangunan di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi tindakkan susulan selepas proses makhamah dilaksanakan. Antara tindakkan yang boleh dikuatkuasakan oleh MPN termasuklah menyita semua harta yang terkandung di dalam unit rumah berkenaan tanpa mengira samada ianya milik tuan rumah atau penyewa. Tindakkan ini tidak sahaja akan dilakukan di Sri Palma Villa malah mereka berkuasa untuk merampas mana-mana harta alih di rumah-rumah pemilik di lokasi lain.

Bagi yang mempunyai caj tertunggak, harap dapat dijelaskan dengan kadar segera. Ini bukan saja untuk kebaikkan saudara-saudari, tetapi untuk kebaikkan Sri Palma Villa juga.

Sekian dan harap maklum.

Azman Badaruddin
Pengerusi
Perbadanan Pengurusan Bersama
Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 & 6

Monday, April 4, 2011

Cabaran di Sri Palma Villa

Salam bahagia. Terlebih dahulu saya memohon ribuan ampun dan maaf kerana telah lama tidak menulis di blog ini. Ini disebabkan tugas-tugas hakiki saya yang kini sedikit mencabar. Apapun, berikut saya sampaikan perkara-perkara penting yang wajar dan wajib saudara-saudari maklum.


PERTAMA - CUKAI TANAH

Saya telah dihubungi dan telah bertemu dengan seorang pegawai di Bahagian Hasil Pejabat Tanah Daerah di Seremban 2 yang bertanya tentang cukai tanah yang telah tertunggak sejak 2007 hingga kini. Ini bermaksud bahawa pihak Dataran Mantin Sdn. Bhd. telah gagal untuk membuat pembayaran untuk tahun 2007. Saya telah semak perkara ini dengan resit-resit pembayaran dan tidak menjumpai sebarang resit atau inbois dari pihak Dataran Mantin Sdn. Bhd. yang menuntut bayaran dari pembeli. Memandang ianya adalah tanggungjawab kita bersama untuk melunaskan pembayaran cukai tanah, saya seru supaya semua pemilik dapat membayarnya dengan secepat mungkin supaya boleh Perbadanan kemukakan kepada Bahagian Hasil di Pejabat Tanah Daerah, Seremban. Jumlah yang perlu dikutip Perbadanan ialah sebanyak RM139,441.00 bagi cukai tanah untuk tahun 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011. Jumlah ini akan dibahagikan sama rata dengan semua pemilik dan setiap pemilik perlu membayar sebanyak RM142.30. Jumlah ini akan dimasukkan ke dalam bil bulan April 2011 yang akan dikeluarkan secara pos pada awal minggu hadapan. Adalah dimaklumkan bahawa kegagalan untuk membayar cukai tanah ini akan membawa kepada rampasan oleh pihak Kerajaan dan segala bangunan yang melekat di atasnya akan menjadi milik Kerajaan. Disertakan salinan Bil Cukai Tanah untuk tatapan dan tindakkan saudara-saudari.


KEDUA - NOTIS TUNTUTAN KEDUA

Notis tuntutan kedua akan dikeluarkan bersama dengan inbois bulan April 2011. Mana-mana pemilik yang mempunyai tunggakkan caj penyelenggaraan dan pengurusan (MMC) melebihi enam bulan akan menerima notis ini dan nama saudara-saudari akan ditampalkan di papan-papan notis. Senarai ini juga akan dikemukakan kepada pihak peguam Perbadanan untuk tindakan mereka selanjutnya. Mereka mungkin akan mengeluarkan satu lagi surat tuntutan dan akan menfailkannya ke makhamah. Saudara-saudari diberi tempoh sehingga 10 April 2011 bagi melunaskan pembayaran caj MMC ini atau pihak Perbadanan tiada pilihan selain melaksanakan apa yang telah termaktub di dalam Akta 663/2007.


KETIGA - INSURAN KEBAKARAN

Adalah menjadi kesalahan sekiranya Perbadanan gagal untuk mengadakan insuran kebakaran ini disebabkan ianya telah termaktub di dalam Akta 663/2007. Oleh itu, Perbadanan wajib berusaha untuk mengadakannya dengan mengutip sejumlah wang bertujuan untuk membeli insuran kebakaran yang insyallah akan diadakan pada bulan Julai 2011. Bagi menginsurankan kesemua bangunan sebanyak RM110,000,000.00 memerlukan anggaran premium sebanyak RM100,000.00 setahun. Jumlah ini perlu dibayar sekali gus kepada syarikat insuran. Perbadanan tidak dapat menggunakan wang MMC atas sebab penerimaan pembayaran yang sekitar RM15,000.00 hingga RM25,000.00 sahaja sebulan. Sepertimana yang saudara semua sedia maklum, Perbadanan sepatutnya menerima sejumlah RM147,000.00 sebulan sekiranya semua pemilik membuat pembayaran. Agihan untuk kutipan insuran kebakaran ini adalah sebanyak RM102.00 untuk setahun dan ianya akan dimulakan pada bulan ini. Sekiranya kutipan ini tidak mencapai jumlah yang ditetapkan, Perbadanan akan cuba untuk menambah dengan menggunakan wang MMC atau "sinking fund".


KEEMPAT - SAMPAH SARAP

Perbadanan ingin mengingatkan bahawa sampah-sarap hasil dari unit-unit saudara-saudari wajib dibuang di rumah-rumah sampah yang telah disediakan. Saya yakin ramai pemilik yang tinggal di SPV ini telah melaksanakan tanggung-jawab mereka. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir penyewa yang masih degil dengan membuang sampah sesuka hati mereka di tangga-tangga kecemasan dan berhampiran pintu-pintu lif. Sikap ini mencerminkan sedikit "kebinatangan" di dalam diri mereka kerana tidak pandai untuk menghormati jiran-jiran yang lain. Pembuangan sampah-sarap sebegini akan menjemput bau busuk dan penyakit ke kediaman kita. Saya menyeru supaya saudara-saudari yang meyewakan rumah supaya menasihati penyewa-penyewa supaya membuang sampah di rumah-rumah sampah yang telah disediakan.


KELIMA - BEKALAN AIR

Pihak Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan (SAINS) telahpun menggunakan hak mereka dengan memotong bekalan air ke kediaman ini pada bulan Januari 2011 lalu. Maka SPV ketiadaan air untuk selama 6 hari. Saya seru supaya saudara-saudari dapat membayar bil-bil air tertunggak dengan segera supaya perkara ini dapat dihindarkan daripada berulang.


KEENAM - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE EMPAT

Mesyuarat Agung ini akan diadakan di antara bulan Jun dan Ogos 2011. Kesemua Ahli Jawatankuasa akan menggundurkan diri atas sebab-sebab kehendak Akta 663/2007. Ahli-ahli baru akan dilantik di dalam mesyuarat itu nanti mengikut tatacara undi yang termaktub di dalam Akta 663. Sekian untuk kali ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran. Wassalam.


Azman Badaruddin
Pengerusi JMB SPV 1236
Mantin Negeri Sembilan

Tuesday, May 25, 2010

Perlantikkan Peguam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

PERLANTIKKAN FIRMA GUAMAN

Dimaklumkan bahawa Perbadanan telah melantik sabuah firma guaman bagi membantu mendapatkan tunggakkan caj penyelenggaraan dan pengurusan dan seterusnya mengheret pemilik-pemilik yang degil dalam menjelaskan tunggakkan caj penyelenggaraan ke makhamah. Adalah dinasihatkan mana-mana pemilik yang mempunyai tunggakkan yang tinggi, membuat pembayaran segera bagi mengelakkan tindakkan guaman dikenakan keatas diri tuan.

BOOM GATE

"Boom Gate" di pintu masuk ke kompleks kediaman ini telah mengalami kerosakkan serius dan kini berada di tangan pihak kontraktor untuk pembaikkan. Dijangkakan, proses pembaikkan ini akan mengambil masa selama 10 hari dan diharapkan dapat digunakan semula pada pertengahan Jun 2010. Tindakkan Perbadanan selanjutnya ialah untuk menyambung semula sistem kad akses dan menguatkuasakannya semula.

OPERASI CABUT METER AIR

Operasi ini telah dijalankan dan sebanyak 529 unit rumah telah ditamatkan pembekalan perkhidmatan air atas sebab mereka tidak pernah melunaskan bil-bil air semenjak Perbadanan ditubuhkan. Bagi permohonan perkhidmatan air semula, pemilik perlu untuk membayar caj pemasangan/pemprosesan sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan), cagaran air sebanyak RM300.00 (akan dikembalikan semula setelah ditolak tunggakan) dan membayar kesemua tunggakkan dengan Perbadanan. Caj minima yang dikenakan keatas unit-unit ini ditamatkan serta merta.

KECURIAN

Kes-kes kecurian kini telah mula berlaku di Blok 1. Adalah dinasihatkan supaya pemilik-pemilik atau penyewa-penyewa dapat membantu untuk membenteras anasir-anasir ini daripada berleluasa. Pemilik-pemilik juga dinasihatkan untuk memasang alat pengera keselamatan bagu memastikan kediaman tuan terselamat.

SPV RENTAL SERVICES

SPV rental Services yang telah berjalan sejak Januari 2010 kini terpaksa ditamatkan atas sebab-sebab teknikal.

IDENTITI KEWARGANEGARAAN

Perbadanan bercadang untuk mengadakan Kad Warga SPV1236 (KWS) bagi tujuan keselamatan. Satu borang maklumat akan diedarkan kepada semua warga SPV. Borang ini perlu diisi selengkapnya sebelum KWS dapat dikeluarkan. Penyewa-penyewa perlu mengemukakan surat daripada pemilik yang membenarkan mereka (penyewa) berada di kawasan SPV1236.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KETIGA

Jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga pada 6 Jun 2010 bermula pada jam 11.00 pagi.

Sekian untuk makluman.

Azman Badaruddin
Pengerusi






Saturday, May 8, 2010

Operasi Cabut Meter


Salam sejahtera,

Perbadanan sedang melaksanakan Operasi Cabut Meter Air bagi pengguna-pengguna atau pemilik-pemilik unit yang degil dan tidak pernah membayar walau sesen pun sejak Perbadanan ditubuhkan pada 1 April 2008. Sebanyak 549 unit rumah terlibat dalam operasi ini dan apa yang dikesali ialah terdapat unit-unit yang berpenghuni tetapi mereka mengambil sikap acuh tak acuh untuk membayar bil air masing-masing. Akibatnya, Perbadanan menamatkan perkhidmatan bekalan air kepada mereka dan jangka air mereka ditanggalkan. Mereka perlu untuk memohon semula untuk perkhidmatan air yang baru dan mereka perlu membayar segala tunggakkan, cagaran dan caj pemasangan semula.

Sehubungan dengan itu, bermula pada 1 Mei 2010, permohonan perkhidmatan air yang baru perlu untuk membayar perkara-perkara berikut sebelum sebarang kelulusan diberikan.
1. Membayar deposit air sebanyak RM300.00 (akan dikembalikan pada penamatan perkhidmatan setelah di tolak apa-apa tunggakkan yang terlibat)
2. Membayar caj pemprosesan pemasangan jangka air dan urusan-urusan pejabat sebanyak RM50.00
3. Membayar segala tunggakkan.

Ini merupakan Fasa Pertama dalam operasi ini dimana selepas ini, Perbadanan akan mengejar pemilik-pemilik yang mempunyai jumlah bil air tertunggak yang tinggi. Perbadanan berharap mendapat kerjasama semua pemilik dalam menjalankan tanggung jawab masing-masing untuk membayar bil air masing-masing.

Sekian dimaklumkan.

Azman Badaruddin
Pengerusi





Perbadanan

Thursday, April 15, 2010

SITUATION AT SRI PALMA VILLA


To all house owner and resident.

Please be informed that the contribution for the maintenance and management charge (MMC) have been lesser and lesser every day. To date, the collection for January 2010 is only RM17,550 (12%), for February 2010 is RM14,850 (10%) and last month, March 2010 is only RM12,000 (8%). It will be very difficult for the Joint Management Body (Management) to maintain and manage this area and the following action may be consider to be enforced in order to reduce the expenses and to manage this area to its minimum limit.

1. To disconnect the compound lighting and emergency exit stairs lighting.
2. To stop the service of one lift at every block.
3. To reduce the opening time for the swimming pool.

For information, JMB have to paid around RM11,000 to RM13,000 per month just for electricity usage of the common property. Now this cost must be reduced to 60%.

4. Termination of workers.

Total remuneration for all 28 management staff per month is around RM18,500. Management may have to terminate some staff to reduce cost and of course, by terminating this staff, the performance of the Management will be greatly reduced.

Other than that, the Management has to face with the attitude of some residents, who always irresponsibly throw their house hold rubbish at the lift lobby, near the fire hose and some even still throw their rubbish from their windows down to the ground. This of course will put an additional burden to cleaners which is not being part of their scope of work. House Rule which was agreed by all of us clearly stated that all house hold rubbish must be place in the rubbish bin located at the Rubbish House by the owner. There are three Rubbish House located around the area of Sri Palma Villa but these lazy residents are too lazy to walk to the nearest Rubbish House to dispose their rubbish. This is not a resort where everything is taken care of, this is a residential area and everybody need to perform their duty to make sure that this place is a beautiful place to stay.

Fire, Public Liability and All Risk Insurance – As the collection are still very small, there are no surplus for the Management to purchase these insurances. The premium for these insurances is around RM80,000 per year. As for that, please be informed that, the Management will not be responsible to any kind of accident, loss of life or whatsoever incident to either to yourself or to your family or to your friend or to anybody while they are in the area of Sri Palma Villa. Management also will not be responsible to any losses or stolen of property due to thief, misplace or being towed/taken away by other party or whatsoever. You are to purchase your own insurances to protect yourself, family and your property.

The Management is in the process of sending out a Notice to all house owners who fail to pay the MMC. We are in the discussion with the Commissioner of Building (Majlis Perbandaran Nilai) to get their help and advice on how to do this legally. The Act 663 which was used to form this Management will also be used to bring these stubborn owners to justice. Please do not blame this Management if your properties are being confiscated by Majlis Perbandaran Nilai.

Thank you.