Monday, May 12, 2008

Perbadanan Pengurusan Bersama Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 & 6

Salam sejahtera,

Akhirnya, persetujuan daripada Suruhanjaya Bangunan (COB - Commissioner of Building) bagi penubuhan JMB ini diterima pada 7 Mei 2008. Ini bermakna, Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB - Joint Management Body) ini telah disahkan penubuhannya dan kini boleh menjalankan tugas mereka yang pertama, iaitu mengumpul dana dari semua pemilik unit di Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 dan 6 (SPV 1236).

Surat dan inbois untuk Caj Penyenggaraan dan Pengurusan (MMC - Maintenance and Management Charge) sedang dicetak dan akan mula diposkan kepada semua 980 pemilik unit di SPV 1236 pada 13 May 2008. Sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat JMB pada 20 April 2008, bayaran MMC adalah sebanyak RM150.00 untuk sebulan dan kadar ini adalah untuk selama enam bulan sahaja. Kadar baru selepas itu akan ditetapkan dalam Mesyuarat EGM yang akan diadakan pada bulan September 2008.

Memandangkan JMB ini hanya disahkan pada minggu lepas, inbois yang dikemukakan ini adalah untuk kutipan MMC bulan April dan Mei 2008 iaitu berjumlah RM300.00.

Untuk makluman, "Building Fire Insurance, Public Liability dan All Risk Insurance" telah tamat pada awal tahun ini, JMB tiada pilihan selain daripada mengadakan insuran ini untuk keselamatan dan kesejahteraan pemilik rumah. Premium untuk ketiga-tiga insuran ini adalah tinggi hingga melebihi RM75,000.00 setahun. Kos ini akan ditanggung bersama dan setiap unit rumah dikehendaki membayar sebanyak RM77.00 sahaja. Kos ini dimasukan bersama di dalam imbois yang akan diterima dalam beberapa hari ini.

JMB amat berharap agar semua pemilik rumah dapat memberi kerjasama dalam menyegerakan pembayaran MMC dan kos perkongsian premium insuran berkenaan. Ini disebabkan terdapat beberapa peralatan yang perlu dibaikpulih dengan segera seperti lift dan lampu-lampu awam.

Sekian untuk kali yang pertama ini. Pastinya kita akan berjumpa lagi kemudian.

Salam sejahtera.

Azman Badaruddin
Pengerusi
Perbadanan Pengurusan Bersama
Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 & 6

No comments: