Monday, October 13, 2008

Jabatan Bekalan Air

Pihak Perbadanan telah menemui Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan pada hari Jumaat (10 Oct 2008) lepas bagi membincangkan mengenai akaun tertunggak sebanyak melebihi RM140K yang telah ditinggalkan oleh pihak Dataran Mantin.

Dalam perbincangan tersebut, Perbadanan dimaklumkan bahawa tariff air untuk kompleks kediaman ini sedang dikaji pertukarannya dan mungkin dapat diselesaikan dalam masa satu ke dua bulan. Adalah diharapkan supaya JBANS dapat menggunakan kadar tariff kediaman yang jauh lebih rendah daripada kadar sedia ada iaitu kadar komersil kerana kompleks ini didiami oleh penghuni dan penyewa dan bukan digunakan untuk pejabat atau seumpamanya.

Pemberian meter air individu sedang dikaji. Ini disebabkan sekiranya JBANS memberikan meter air individu, mereka perlu bertanggung-jawab untuk menyelenggara tangki air, pam air dan segala yang berkaitan sebelum sampai ke meter air di rumah tuan-puan. Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan, Perbadanan mungkin terpaksa untuk mengganti semua meter sedia ada kerana meter ini yang disediakan oleh pihak Dataran Mantin tidak mempunyai nombor siri yang terang. Ini menyebabkan ada penghuni rumah yang mengambil langkah sendiri menukar meter air mereka bagi mengelakkan membayar bil yang tinggi.

Tunggakkan yang ditinggalkan oleh pihak Dataran Mantin akan mereka (JBANS) tuntut dari pihak Dataran Mantin. Perbadanan akan membayar bil semasa berdasarkan apa yang telah terkumpul sehingga ini dari pemilik-pemilik yang membayar. Untuk berlaku adil kepada semua pemilik, Perbadanan mungkin terpaksa untuk melaksanakan pemotongan meter air untuk bil-bil tertunggak. Perbadanan juga mungkin terpaksa untuk melaksanakan konsep wang cagaran dimana pemilik-pemilik perlu membayar sedikit cagaran kepada Perbadanan. Pemotongan meter air akan dilakukan sekiranya bil tertunggak melebihi wang cagaran. Ini sedang dikaji oleh pihak Perbadanan.

Sekian. Terima Kasih.

MESYUARAT BERSAMA PENGHUNI SPV 1236 AKAN DIADAKAN PADA 19 OCTOBER 2008 JAM 5.00 PETANG BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA SPV. JAMUAN BERKONSEPKAN "POT LUCK PARTY" AKAN DIADAKAN SELEPAS MESYUARAT. HADIRIN DIGALAKKAN MEMBAWA SENDIRI MAKANAN YANG TERMAMPU UNTUK DIKONGSI SAMA DENGAN SEMUA PEMILIK. PIHAK PERBADANAN AKAN MENYEDIAKAN AIR MINUMAN. SEMUA PENGHUNI/PENYEWA ADALAH DIKEHENDAKI HADIR BAGI MEMBINCANGKAN MASALAH SEMASA.