Wednesday, December 31, 2008

2008 Meninggalkan Kita.... 2009... Cabaran Menanti...

Salam bahagia...

Maaf kerana lama tidak menulis di laman blog ini. Seperti anda, saya juga kadangkala terbelenggu dengan tugas-tugas hakiki seharian. Apapun, Perbadanan masih seperti dahulu tetapi, tugas-tugas yang diberikan terasa perbezaannya. Ini semua berkat kerjasama yang diberikan oleh anda semua dalam menunaikan tanggungjawab anda sebagai pemilik unit kondo Sri Palma Villa.

Diketuai oleh Saudara Shafiq selaku Resident Manager, masalah-masalah para penghuni dapat diselesaikan dengan baik. Bunyi bising pembesar suara kini berkurangan setelah dinasihatkan oleh pengurusan SPV. Urusan pejabat berjalan dengan lancar dan tiada bermasalah besar. Saudara Shafiq dibantu oleh Saudari Helma yang bertugas sebagai Financial Clerk. Saudari Helma akan memeriksa semua kutipan caj penyenggaraan dan pengurusan secara berjadual. Ini bagi memastikan tiadanya pembayaran yang dibuat yang tidak direkodkan.

Sepertimana yang dapat saudara saudari lihat, kolam renang kita juga telah dijaga dengan baik sekali oleh Unit Maintenance yang diketuai oleh Saudara Herman. Dibantu oleh dua Gardener, semua pokok-pokok renik telah di "trim" dengan baik. Rumput-rumput kini tidak berpeluang untuk tumbuh lebih tinggi kerana mereka akan ditebas secara berjadual. Saudara Herman juga dibantu oleh lima orang Cleaners. Empat ditugaskan untuk membersih blok-blok secara berjadual dan saorang khas untuk kawasan Club House dan sekitaran Surau. Saudara Herman juga dibantu oleh saorang Electrician. Disebabkan jawatan Electrician ini baru saja diumumkan, kesan yang wajar dilihat mungkin dapat dilihat dalam jangkamasa dua ke tiga bulan.

Unit Keselamatan kini mempunyai kekuatan seramai tujuh orang. Diketuai oleh Saudara Anuar, Unit ini akan memastikan kawasan-kawasan "common property" dan kelengkapannya dijagai. Pihak Perbadanan juga akan melaksanakan semula sistem kad akses. Pembelian untuk sistem ini telah dibuat dan pemasangannya akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor dalam jangkamasa 2 minggu. Semua penghuni dan pemilik yang masih mempunyai kad akses yang lama dikehendaki untuk mendaftarkannya semula dengan seberapa segera.

Kutipan kewangan (MMC) masih lagi tidak memuaskan. Disebabkan ini, Perbadanan masih lagi mengurus Sri Palma Villa ini secara yang minima tetapi cukup untuk mencetuskan suasana yang indah untuk didiami.

Mesyuarat Agung Kali Ke Dua akan diadakan pada bulan Mac 2009. Pihak Perbadanan akan menetapkan tarikh mesyuarat tersebut pada edaran inbois bulan Februari 2009. Borang Usul atau Cadangan akan juga diedarkan pada tarikh tersebut. Pemilik boleh mengusulkan apa saja untuk kita bincangkan bersama semasa Mesyuarat Agung tersebut nanti. Pengundian terhadap usul hanya akan diterima dari kalangan pemilik yang melunaskan bayaran MMC bulanan mereka.

Sekian untuk kali ini. Semoga 2008 beredar dengan seribu keberkatan kepada Perbadanan ini dan semoga 2009 datang dengan keindahan dan kemurahan rezeki untuk kita semua.

Azman Badaruddin
Pengerusi
JMB SPV 1236