Tuesday, May 25, 2010

Perlantikkan Peguam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

PERLANTIKKAN FIRMA GUAMAN

Dimaklumkan bahawa Perbadanan telah melantik sabuah firma guaman bagi membantu mendapatkan tunggakkan caj penyelenggaraan dan pengurusan dan seterusnya mengheret pemilik-pemilik yang degil dalam menjelaskan tunggakkan caj penyelenggaraan ke makhamah. Adalah dinasihatkan mana-mana pemilik yang mempunyai tunggakkan yang tinggi, membuat pembayaran segera bagi mengelakkan tindakkan guaman dikenakan keatas diri tuan.

BOOM GATE

"Boom Gate" di pintu masuk ke kompleks kediaman ini telah mengalami kerosakkan serius dan kini berada di tangan pihak kontraktor untuk pembaikkan. Dijangkakan, proses pembaikkan ini akan mengambil masa selama 10 hari dan diharapkan dapat digunakan semula pada pertengahan Jun 2010. Tindakkan Perbadanan selanjutnya ialah untuk menyambung semula sistem kad akses dan menguatkuasakannya semula.

OPERASI CABUT METER AIR

Operasi ini telah dijalankan dan sebanyak 529 unit rumah telah ditamatkan pembekalan perkhidmatan air atas sebab mereka tidak pernah melunaskan bil-bil air semenjak Perbadanan ditubuhkan. Bagi permohonan perkhidmatan air semula, pemilik perlu untuk membayar caj pemasangan/pemprosesan sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan), cagaran air sebanyak RM300.00 (akan dikembalikan semula setelah ditolak tunggakan) dan membayar kesemua tunggakkan dengan Perbadanan. Caj minima yang dikenakan keatas unit-unit ini ditamatkan serta merta.

KECURIAN

Kes-kes kecurian kini telah mula berlaku di Blok 1. Adalah dinasihatkan supaya pemilik-pemilik atau penyewa-penyewa dapat membantu untuk membenteras anasir-anasir ini daripada berleluasa. Pemilik-pemilik juga dinasihatkan untuk memasang alat pengera keselamatan bagu memastikan kediaman tuan terselamat.

SPV RENTAL SERVICES

SPV rental Services yang telah berjalan sejak Januari 2010 kini terpaksa ditamatkan atas sebab-sebab teknikal.

IDENTITI KEWARGANEGARAAN

Perbadanan bercadang untuk mengadakan Kad Warga SPV1236 (KWS) bagi tujuan keselamatan. Satu borang maklumat akan diedarkan kepada semua warga SPV. Borang ini perlu diisi selengkapnya sebelum KWS dapat dikeluarkan. Penyewa-penyewa perlu mengemukakan surat daripada pemilik yang membenarkan mereka (penyewa) berada di kawasan SPV1236.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KETIGA

Jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga pada 6 Jun 2010 bermula pada jam 11.00 pagi.

Sekian untuk makluman.

Azman Badaruddin
Pengerusi






Saturday, May 8, 2010

Operasi Cabut Meter


Salam sejahtera,

Perbadanan sedang melaksanakan Operasi Cabut Meter Air bagi pengguna-pengguna atau pemilik-pemilik unit yang degil dan tidak pernah membayar walau sesen pun sejak Perbadanan ditubuhkan pada 1 April 2008. Sebanyak 549 unit rumah terlibat dalam operasi ini dan apa yang dikesali ialah terdapat unit-unit yang berpenghuni tetapi mereka mengambil sikap acuh tak acuh untuk membayar bil air masing-masing. Akibatnya, Perbadanan menamatkan perkhidmatan bekalan air kepada mereka dan jangka air mereka ditanggalkan. Mereka perlu untuk memohon semula untuk perkhidmatan air yang baru dan mereka perlu membayar segala tunggakkan, cagaran dan caj pemasangan semula.

Sehubungan dengan itu, bermula pada 1 Mei 2010, permohonan perkhidmatan air yang baru perlu untuk membayar perkara-perkara berikut sebelum sebarang kelulusan diberikan.
1. Membayar deposit air sebanyak RM300.00 (akan dikembalikan pada penamatan perkhidmatan setelah di tolak apa-apa tunggakkan yang terlibat)
2. Membayar caj pemprosesan pemasangan jangka air dan urusan-urusan pejabat sebanyak RM50.00
3. Membayar segala tunggakkan.

Ini merupakan Fasa Pertama dalam operasi ini dimana selepas ini, Perbadanan akan mengejar pemilik-pemilik yang mempunyai jumlah bil air tertunggak yang tinggi. Perbadanan berharap mendapat kerjasama semua pemilik dalam menjalankan tanggung jawab masing-masing untuk membayar bil air masing-masing.

Sekian dimaklumkan.

Azman Badaruddin
Pengerusi





Perbadanan