Saturday, April 23, 2011

NOTIS KEDUA

Maaf kerana saya tiada pilihan lain dalam menjalankan tugas sebagai Pengerusi di Perbadanan ini selain daripada mengeluarkan Notis Kedua pada bulan ini. Notis pertama telahpun dikeluarkan pada bulan Januari lepas dan tempoh 3 bulan untuk melunaskan semua hutang tertunggak sepatutnya telah digunakan dengan sebaiknya.

Notis Kedua ini akan tamat tempohnya pada hujung bulan ini. Selepas ini, satu senarai "defaulter" akan ditampalkan di papan notis. Satu senarai juga akan dimajukan kepada peguam Perbadanan untuk tindakkan mereka selanjutnya. Pada kebiasaannya, pihak peguam akan mengeluarkan satu lagi notis sebelum menfailkan perkara ini ke makhamah. Pihak peguam juga akan mengenakan caj RM50.00 bagi pengeluaran notis tersebut. Caj ini bersama dengan caj makhamah nanti akan terpaksa dibayar oleh kalian semua.

Satu senarai juga akan dimajukan kepada Persuruhjaya Bangunan di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi tindakkan susulan selepas proses makhamah dilaksanakan. Antara tindakkan yang boleh dikuatkuasakan oleh MPN termasuklah menyita semua harta yang terkandung di dalam unit rumah berkenaan tanpa mengira samada ianya milik tuan rumah atau penyewa. Tindakkan ini tidak sahaja akan dilakukan di Sri Palma Villa malah mereka berkuasa untuk merampas mana-mana harta alih di rumah-rumah pemilik di lokasi lain.

Bagi yang mempunyai caj tertunggak, harap dapat dijelaskan dengan kadar segera. Ini bukan saja untuk kebaikkan saudara-saudari, tetapi untuk kebaikkan Sri Palma Villa juga.

Sekian dan harap maklum.

Azman Badaruddin
Pengerusi
Perbadanan Pengurusan Bersama
Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 & 6

Monday, April 4, 2011

Cabaran di Sri Palma Villa

Salam bahagia. Terlebih dahulu saya memohon ribuan ampun dan maaf kerana telah lama tidak menulis di blog ini. Ini disebabkan tugas-tugas hakiki saya yang kini sedikit mencabar. Apapun, berikut saya sampaikan perkara-perkara penting yang wajar dan wajib saudara-saudari maklum.


PERTAMA - CUKAI TANAH

Saya telah dihubungi dan telah bertemu dengan seorang pegawai di Bahagian Hasil Pejabat Tanah Daerah di Seremban 2 yang bertanya tentang cukai tanah yang telah tertunggak sejak 2007 hingga kini. Ini bermaksud bahawa pihak Dataran Mantin Sdn. Bhd. telah gagal untuk membuat pembayaran untuk tahun 2007. Saya telah semak perkara ini dengan resit-resit pembayaran dan tidak menjumpai sebarang resit atau inbois dari pihak Dataran Mantin Sdn. Bhd. yang menuntut bayaran dari pembeli. Memandang ianya adalah tanggungjawab kita bersama untuk melunaskan pembayaran cukai tanah, saya seru supaya semua pemilik dapat membayarnya dengan secepat mungkin supaya boleh Perbadanan kemukakan kepada Bahagian Hasil di Pejabat Tanah Daerah, Seremban. Jumlah yang perlu dikutip Perbadanan ialah sebanyak RM139,441.00 bagi cukai tanah untuk tahun 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011. Jumlah ini akan dibahagikan sama rata dengan semua pemilik dan setiap pemilik perlu membayar sebanyak RM142.30. Jumlah ini akan dimasukkan ke dalam bil bulan April 2011 yang akan dikeluarkan secara pos pada awal minggu hadapan. Adalah dimaklumkan bahawa kegagalan untuk membayar cukai tanah ini akan membawa kepada rampasan oleh pihak Kerajaan dan segala bangunan yang melekat di atasnya akan menjadi milik Kerajaan. Disertakan salinan Bil Cukai Tanah untuk tatapan dan tindakkan saudara-saudari.


KEDUA - NOTIS TUNTUTAN KEDUA

Notis tuntutan kedua akan dikeluarkan bersama dengan inbois bulan April 2011. Mana-mana pemilik yang mempunyai tunggakkan caj penyelenggaraan dan pengurusan (MMC) melebihi enam bulan akan menerima notis ini dan nama saudara-saudari akan ditampalkan di papan-papan notis. Senarai ini juga akan dikemukakan kepada pihak peguam Perbadanan untuk tindakan mereka selanjutnya. Mereka mungkin akan mengeluarkan satu lagi surat tuntutan dan akan menfailkannya ke makhamah. Saudara-saudari diberi tempoh sehingga 10 April 2011 bagi melunaskan pembayaran caj MMC ini atau pihak Perbadanan tiada pilihan selain melaksanakan apa yang telah termaktub di dalam Akta 663/2007.


KETIGA - INSURAN KEBAKARAN

Adalah menjadi kesalahan sekiranya Perbadanan gagal untuk mengadakan insuran kebakaran ini disebabkan ianya telah termaktub di dalam Akta 663/2007. Oleh itu, Perbadanan wajib berusaha untuk mengadakannya dengan mengutip sejumlah wang bertujuan untuk membeli insuran kebakaran yang insyallah akan diadakan pada bulan Julai 2011. Bagi menginsurankan kesemua bangunan sebanyak RM110,000,000.00 memerlukan anggaran premium sebanyak RM100,000.00 setahun. Jumlah ini perlu dibayar sekali gus kepada syarikat insuran. Perbadanan tidak dapat menggunakan wang MMC atas sebab penerimaan pembayaran yang sekitar RM15,000.00 hingga RM25,000.00 sahaja sebulan. Sepertimana yang saudara semua sedia maklum, Perbadanan sepatutnya menerima sejumlah RM147,000.00 sebulan sekiranya semua pemilik membuat pembayaran. Agihan untuk kutipan insuran kebakaran ini adalah sebanyak RM102.00 untuk setahun dan ianya akan dimulakan pada bulan ini. Sekiranya kutipan ini tidak mencapai jumlah yang ditetapkan, Perbadanan akan cuba untuk menambah dengan menggunakan wang MMC atau "sinking fund".


KEEMPAT - SAMPAH SARAP

Perbadanan ingin mengingatkan bahawa sampah-sarap hasil dari unit-unit saudara-saudari wajib dibuang di rumah-rumah sampah yang telah disediakan. Saya yakin ramai pemilik yang tinggal di SPV ini telah melaksanakan tanggung-jawab mereka. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir penyewa yang masih degil dengan membuang sampah sesuka hati mereka di tangga-tangga kecemasan dan berhampiran pintu-pintu lif. Sikap ini mencerminkan sedikit "kebinatangan" di dalam diri mereka kerana tidak pandai untuk menghormati jiran-jiran yang lain. Pembuangan sampah-sarap sebegini akan menjemput bau busuk dan penyakit ke kediaman kita. Saya menyeru supaya saudara-saudari yang meyewakan rumah supaya menasihati penyewa-penyewa supaya membuang sampah di rumah-rumah sampah yang telah disediakan.


KELIMA - BEKALAN AIR

Pihak Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan (SAINS) telahpun menggunakan hak mereka dengan memotong bekalan air ke kediaman ini pada bulan Januari 2011 lalu. Maka SPV ketiadaan air untuk selama 6 hari. Saya seru supaya saudara-saudari dapat membayar bil-bil air tertunggak dengan segera supaya perkara ini dapat dihindarkan daripada berulang.


KEENAM - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE EMPAT

Mesyuarat Agung ini akan diadakan di antara bulan Jun dan Ogos 2011. Kesemua Ahli Jawatankuasa akan menggundurkan diri atas sebab-sebab kehendak Akta 663/2007. Ahli-ahli baru akan dilantik di dalam mesyuarat itu nanti mengikut tatacara undi yang termaktub di dalam Akta 663. Sekian untuk kali ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran. Wassalam.


Azman Badaruddin
Pengerusi JMB SPV 1236
Mantin Negeri Sembilan