Friday, January 17, 2014

I'M NO LONGER THE CHAIRMAN...


Salam semua... maka pada 1 Desember 2013 lepas, saya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi di Badan Pengurusan Bersama Sri Palma Villa.  Umur yang semakin meningkat dan kesihatan yang semakin menurun membuatkan saya berfikir dan hasilnya, saya lepaskan jawatan sukarela ini. Saya tidak merasakan mampu untuk melayani segala macam tohmahan dan ugutan dan cukuplah bagi saya memberikan perkhidmatan selama 5 tahun sejak April 2008 hingga Nov 2013.

Walaupun demikian, saya masih berminat untuk meneruskan blog ini yang telah dihentikan suatu ketika dahulu atas sebab ada AJK yang berminat untuk menghasilkan blog yang lebih baik.  Blog rasmi bagi Badan ini adalah www.sripalmavilla.com.  Tuan-tuan boleh melawat website tersebut bagi mengetahui maklumat tentang kediaman ini, walaubagaimana pun, perlu saya maklum bahawa, AJK berkenaan juga telah meletakkan jawatan beliau pada Mesyuarat Agung yang lepas maka saya tidak pasti samada blog tersebut telah dikemaskini.

ICS yang saya cipta kini dihentikan bagi memberi laluan kepada sistem "property management" yang baru yang dipanggil sebagai Advelsoft.  Aturcara baru ini dibeli Perbadanan pada bulan May 2013 dan kini berada diperingkat akhir migrasi.  ICS terakhir yang dicetak adalah pada 30 November 2013 dan kesemua ICS ini telah saya kemukakan kepada pengurusan baru beberapa minggu yang lalu untuk diposkan kepada kalian semua.  Seperti biasa, semaklah dengan teliti ICS tersebut dan pastikan semua pembayaran yang telah dibuat, dijumlahkan sama didalam ICS tersebut.  Sekiranya tidak, hubungi mereka di finance@sripalmavilla.com.

Isteri dah memanggil untuk minum petang... sekarang ada masa untuk minum petang... so saya undur diri dahulu.  Insyallah kita jumpa lagi di coretan akan datang...

Salam hormat...

Azman Badaruddin