Thursday, April 15, 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KETIGA

Salam sejahtera,

Jawatankuasa Pengurusan bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh: 6 Jun 2010
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna SPV 1236

Semua pemilik rumah adalah dikehendaki hadir. Surat notis Mesyuarat ini serta borang usul perbahasan sedang dicetak dan akan diposkan dalam jangkamasa terdekat.

Azman Badaruddin
b/p Setiausaha
Perbadanan Pengurusan Bersama
Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 dan 6

Wednesday, January 13, 2010

Meter Pukal dipotong

Merry Christmas, Happy New Year...

Semalam, 12 January 2010, meter air pukal yang menyalurkan air ke semua rumah telah dipotong oleh pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Ini disebabkan kegagalan kita menjelaskan hutang tertunggak yang kini telah berjumlah melebihi RM250,000.00 yang mana disebabkan kegagalan pemilik menjelaskan bayaran bil air mereka. Walaubagaimana pun, setelah berbincang dan setelah mambuat pembayaran sebanyak RM20,000.00 tambahan RM10,000.00 yang dijanjikan akan dibayar pada hari ini, pihak SAINS bersetuju untuk memasangnya kembali.

Disebabkan ini dan ketegasan pihak SAINS, Perbadanan tiada pilihan selain bertindak tegas terhadap semua pemilik yang mempunyai tunggakan yang melebihi RM100.00 di dalam bil air mereka. Meter ke rumah tuan/puan yang mempunyai tunggakkan melebihi RM100.00 akan di potong dan tuan/puan perlu untuk memohon pemasangan semula dengan membayar caj denda dan caj pemasangan.

Sila tuan/puan buat bayaran segera dalam tempoh satu minggu dari tarikh hari ini (13 Jan 2010) bagi mengelakkan pemotongan bekalan air ke unit rumah tuan/puan.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa sebarang cubaan untuk mencuri bekalan air akan berdepan dengan tindakan tegas Perbadanan serta pihak Polis DiRaja Malaysia.

Harap maklum.

Azman Badaruddin
Pengerusi

Sunday, October 18, 2009

Situasi Semasa di SPV 1236

Rujukan kami: JMBSPV1236/SPV/75/09
Tarikh: 15 October 2009


Semua Pemilik Unit dan Penyewa Unit
Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 & 6

Salam 1 Malaysia
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat Hari Deepavali

Saudara,

SITUASI SEMASA DI SPV 1236

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

PERTAMA

Perbadanan mendapati masih ramai pemilik-pemilik unit/rumah yang tidak atau enggan membayar caj penyelenggaraan dan pengurusan (MMC) yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Agung Pertama dahulu. Walaupun pelbagai cara telah diusahakan oleh Perbadanan, namun ianya tidak mendapat sambutan dari pemilik-pemilik unit/rumah berkenaan. Antara usaha-usaha Perbadanan adalah seperti berikut:

1. Skim “Towards Zero Maintenance Fee” (TZM)
Skim ini telah dilancarkan pada bulan September 2008 untuk menggalak pemilik-pemilik unit/rumah membayar MMC setahun atau dua tahun kehadapan. Perbadanan akan memberikan diskaun sebulan untuk pembayaran setahun kehadapan atau dua bulan untuk pembayaran dua tahun kehadapan dan seterusnya dengan syarat segala tunggakkan hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Namun cuma segelintir pemilik sahaja yang berminat.

Tujuan diadakan skim ini ialah sekiranya Perbadanan menerima jumlah surplus kewangan yang tinggi, wang tersebut boleh disalurkan ke institusi kewangan yang boleh mendapat pulangan yang tinggi seperti saham dan lain-lain. Faedah yang bakal diterima nanti boleh membantu untuk mengurangkan kadar MMC pada masa hadapan.

2. Pencapaian 40% kutipan MMC bulanan
Di Mesyuarat Agung Kedua yang diadakan pada bulan Jun 2009 yang lepas, Perbadanan bersetuju untuk mengurangkan kadar MMC kepada RM100.00 sebulan pada bulan November 2009 SEKIRANYA pendapatan Perbadanan pada bulan Oktober 2009 bersamaan atau melebihi 40% kutipan keseluruhan untuk bulan itu. Peratusan kutipan sehingga ke tarikh ini untuk bulan Julai 2009 ialah 12%, Ogos 2009 ialah 10%, September 2009 ialah 8% dan October 2009 ialah 4%. Kutipan tertinggi Perbadanan yang pernah direkodkan ialah untuk bulan April 2008 iaitu sebanyak 33%. Sejak itu, jumlah kutipan tidak pernah merekodkan kenaikkan tetapi berterusan menurun dan penurunan ini amat membimbangkan Perbadanan.

Melihat kepada sambutan yang diperolehi, Perbadanan tidak merasakan dapat menurunkan kadar MMC dan dengan ini menetapkan kadar sebanyak RM150.00 sebulan diteruskan sehingga ke Mesyuarat Agung Ketiga yang insyallah akan diadakan pada bulan Jun 2010. Ini bagi memastikan Perbadanan mempunyai dana untuk menguruskan dan menyelenggara kawasan bersama di kompleks kondominium Sri Palma Villa ini.

KEDUA

Setiap bulan Perbadanan akan dibebankan dengan pembayaran bil air yang dituntut oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Untuk makluman, bil semasa bulanan SAINS untuk penggunaan air di Sri Palma Villa ini adalah diantara RM9,000.00 dan RM11,000.00 sebulan. Namun ketidakperihatinan pemilik atau penyewa untuk membayar bil air yang dikenakan kepada mereka menyebabkan Perbadanan terpaksa menggunakan wang MMC untuk menanggung bil air tersebut. Kita jangan juga lupa bahawa terdapat tunggakkan sebanyak RM140,000.00 lebih yang gagal dikutip oleh pihak Dataran Mantin Sdn. Bhd. semasa dalam pengurusan mereka dahulu dan jumlah ini masih terpamir di bil air SAINS setiap bulan. Jumlah yang tinggi ini boleh mengundang SAINS untuk memotong bekalan air ke Sri Palma Villa pada bila-bila masa sahaja dan ini pastinya menyusahkan semua pihak.

KETIGA

Atas sebab-sebab di atas, Perbadanan terpaksa bertindak tegas. Kelembutan Perbadanan selama ini telah disalahgunakan dan kini Perbadanan tidak lagi boleh bertolak ansur. Perbadanan akan melaksanakan tindakan berikut atas dasar menunaikan kewajipan Perbadanan dan atas rasa terhutang budi kepada pengorbanan pemilik-pemilik yang bersusah payah dan berterusan membayar MMC dan bayaran air setiap bulan. Tanpa pengorbanan pemilik-pemilik ini, sudah pasti tiada dana untuk Perbadanan bagi menguruskan kawasan ini dengan sempurna.

Dua tindakan yang akan dilaksanakan oleh Perbadanan dalam masa terdekat ini ialah seperti berikut. Namun pihak Perbadanan akan, dari masa ke semasa, melaksanakan tindakan-tindakan lain yang difikirkan wajar dan perlu demi kesejahteraan Sri Palma Villa.

Pemakiran Kenderaan
Hanya kenderaan-kenderaan pemilik unit/rumah yang mempunyai tunggakkan MMC yang tidak melebihi 70% sahaja akan dibenarkan masuk dan pakir di kawasan Sri Palma Villa ini. Saya sendiri, dari masa ke semasa, akan berada dipos kawalan untuk memastikan perkara ini dilaksanakan. Penggunaan pelekat akses masuk kenderaan akan diadakan semula dan pengeluaran pelekat akses ini hanya akan dikeluarkan kepada pemilik-pemilik yang telah membayar MMC mereka melebihi 70% dari jumlah kutipan keseluruhan MMC. Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat akses sahaja dibenarkan masuk ke kawasan Sri Palma Villa. Perbadanan akan melaksanakan perkara ini pada 1 Desember 2009.

Saudara mempunyai tempoh satu bulan setengah untuk menjalankan tanggungjawab saudara membayar MMC yang tertunggak atau berhadapan dengan tindakkan tegas Perbadanan.

Pembekalan Air
Perbadanan kini menetapkan bahawa tunggakkan air yang melebihi RM75.00 akan berhadapan dengan pemotongan bekalan air. Saudara akan diberikan masa 14 hari dari tarikh inbois untuk melunaskan pembayaran tersebut. Pihak Perbadanan tidak akan teragak-agak untuk memotong perkhidmatan bekalan air ke unit/rumah saudara selepas tempoh 14 hari. Caj RM25.00 akan dikenakan bagi mengembalikan perkhidmatan air ke unit/rumah saudara.

Perbadanan juga akan memasang tali/kabel keselamatan pada jangka air saudara. Ini bagi mencegah kecurian jangka/meter air oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Saudara adalah bertanggungjawab untuk memastikan tali/kabel ini tidak diusik atau dipotong dan memastikan jangka/meter air saudara tidak dicuri dan masih yang asal. Tali/Kabel keselamatan yang telah diusik atau diputuskan akan menyebabkan saudara boleh dituduh mencuri bekalan air dan pihak Perbadanan akan melapurkan perkara ini kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk tindakkan mereka selanjutnya.

Antara tindakan-tindakan lain yang sedang difikirkan dan akan dilaksanakan oleh Perbadanan adalah seperti berikut:

· Menutup kolam renang bagi unit/rumah yang tidak membayar MMC atau mengenakan caj penggunaan kolam renang.
· Memasang pembaca kad akses di lift-lift. Hanya unit/rumah yang membayar MMC sahaja layak menggunakan kemudahan-kemudahan lift dan seumpamanya.
· Mengambil tindakkan perundangan bagi menuntut bayaran tertunggak dari pemilik-pemilik yang degil.
· Dan lain-lain.

Saya amat berharap agar saudara dapat melihat kesemua ini dengan hati yang terbuka. Kita sepatutnya bertuah kerana Sri Palma Villa ini diuruskan oleh Perbadanan. Untuk makluman saudara, ahli-ahli Perbadanan adalah saudara sendiri manakala ahli jawatankuasanya terdiri dari sembilan orang pemilik unit/rumah dan cuma satu kerusi sahaja dikhaskan untuk pemaju.

Perbadanan tiada sumber kewangan lain selain dari caj MMC. Bayangkan sekiranya kawasan ini diuruskan oleh orang luar yang cuma tahu mengira keuntungan dan menuntut caj MMC berlandaskan undang-undang tetapi tidak melaksanakan penyelenggaraan yang sempurna dan sepatutnya.

Tanpa kewangan, pastinya tiga lift yang rosak di blok 1, 2 dan 3 tidak dapat diperbaiki. Kini kesemua lift berfungsi dengan baik dan memudahkan semua penghuni di kompleks kediaman ini. Atas sebab-sebab kewangan yang terhad, Perbadanan mengambil masa selama 9 bulan untuk membaikpulih lif-lif tersebut. Terima kasih kepada kontraktor lif yang memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap pengurusan Perbadanan untuk menerima pembayaran kos pembaikkan secara beransur-ansur.

Akhirnya, saya menyeru kepada kesedaran saudara untuk menunaikan tanggungjawab saudara sebagai seorang pemilik kediaman di kompleks kediaman Sri Palma Villa ini. Saya juga faham bahawa tindakkan ini tidak akan mengundang populariti kepada saya dan ahli jawatankuasa Perbadanan tetapi terpaksa kami lakukan atas dasar sayangnya kami kepada kawasan kediaman ini.

Saya juga berharap agar penyewa-penyewa kediaman supaya dapat menghubungi tuan rumah masing-masing dan berbincang dengan mereka kerana tindakkan Perbadanan ini dan seterusnya kelak pasti akan menyukarkan sedikit sebanyak kehidupan saudara di Sri Palma Villa ini seandainya unit/rumah yang saudara diami itu tidak membayar MMC yang sepatutnya.

Sekian. sempena Hari Raya ini, saya bagi pihak kesemua kakitangan Perbadanan, memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kesilapan, samada sedar atau tidak, yang mungkin serba sedikit menghiris perasaan saudara dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh saudara-saudara sekalian.

Terima kasih.


MOHAMMAD AZMAN BIN BADARUDDIN
Pengerusi
Perbadanan Pengurusan Bersama
Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 & 6

Thursday, July 23, 2009

Hasil Mesyuarat Agung Tahunan Kedua

Pemilik Sri Palma Villa sekelian,

Salam Sejahtera.

Saudara,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEDUA – 28 JUN 2009

Usul 1: Cadangan Pengurangan Kadar MMC

Usul 2: Cadangan Menginbois MMC Tiga Bulan Sekali

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sebagaimana yang telah kita maklum, Mesyuarat Agung Tahunan Kedua telah berlangsung pada 28 Jun 2009 di Dewan 2 Sri Palma Villa. Usul-usul berikut telah diperbincangkan.

USUL 1

Diusulkan, dibahaskan dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Kedua, iaitu Perbadanan akan melaksanakan penurunan kadar penyelenggaraan dan pengurusan (MMC) kepada RM100.00 sebulan, bermula pada bulan November 2009, TERTAKLUK kepada jumlah penerimaan untuk caj MMC yang bakal diterima oleh Perbadanan pada pengakhir bulan Oktober 2009, mencapai ke tahap empat puluh peratus (40%) daripada jumlah keseluruhan kutipan untuk bulan itu. Kadar baru ini akan berterusan dari bulan November 2009 sehingga ke bulan Jun 2010 iaitu akan ditamatkan pada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga dimana penetapan kadar baru akan diperbincangkan semula.

Sekiranya ini terlaksana, semua pemilik akan mendapat penjimatan sebanyak RM400.00 untuk pembayaran MMC dari bulan November 2009 hingga ke bulan Jun 2010. Bagi pembayar-pembayar TZM, sekiranya perkara ini terlaksana, akaun saudara akan disusun semula dan diskaun sebulan untuk setahun bayaran TZM akan tetap dinikmati.

Dalam usaha ini, Perbadanan amat berharap kepada kerjasama semua pemilik unit untuk mengemaskinikan akaun tertunggak masing-masing dan mempertingkatkan usaha untuk memastikan pembayaran MMC dibuat demi memastikan kutipan Perbadanan di akhir bulan Oktober 2009 akan mencecah ke jumlah 40% dari jumlah keseluruhan iaitu RM147,000.00 sebulan. Perbadanan beranggapan bahawa perkara ini tidak mustahil dapat dilakukan oleh kita semua kerana kutipan tertinggi yang pernah diterima oleh Perbadanan mencecah sehingga 33% sebulan.

Apapun, saudara mempunyai tempoh empat bulan untuk berusaha mengemaskinikan akaun tertunggak saudara dan mengekalkan pembayaran RM150.00 sebulan sehingga bulan Oktober 2009 dan pengorbanan ini pastinya akan berbalas apabila kita cuma perlu membayar RM100.00 sebulan di bulan November 2009 nanti.

NAMUN SEKIRANYA pada 31 Oktober 2009 jam 1200 malam, Perbadanan gagal untuk menerima minima 40% kutipan untuk bulan Oktober 2009, kadar asal MMC sebanyak RM150.00 sebulan akan dikekalkan sehinggalah ke Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga nanti.

Bagi pemilik-pemilik unit yang tidak pernah membayar MMC dan sebagai galakan, Perbadanan akan menghapuskan ”faedah” (interest), sekiranya saudara membuat bayaran secara sekaligus bagi bulan bermula April 2008 hingga ke bulan berakhir Mac 2009.

USUL 2

Diusulkan, dibahaskan dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Kedua supaya penghantaran inbois dilakukan setiap tiga bulan sekali. Ini bertujuan untuk penjimatan kos percetakkan, kertas dan setem pos. Walaupundemikian, bagi pemilik-pemilik yang mempunyai alamat email dan mahukan penghantaran inbois secara bulanan melalui email, sila kemukakan permohonan saudara melalui email kepada kami di alamat spv1236@gmail.com. Proses penghantaran inbois secara email ini akan dimulakan pada bulan Ogos 2009.

Oleh itu, saya sebagai Pengerusi dan juga sebagai sebagai seorang pemilik seunit kediaman di Sri Palma Villa ini amat berharap agar perkara ini dapat dilaksanakan untuk kebaikkan bersama. Bak kata pepatah ”BERSUSAH-SUSAH DAHULU – BERSENANG-SENANG KEMUDIAN”. Bersusahlah kita dahulu untuk melaksanakan tanggung-jawab yang sewajibnya kita lakukan dan bersenang kita apabila bebanan kita diringankan.

Sekian, terima kasih.

Azman Badaruddin

Sunday, June 7, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEDUA

NOTIS: Mesyuarat Agung Tahunan Kedua
=================================

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kedua akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut.

Tarikh: 28 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna
Sri Palma Villa 123 & 6

Semua pemilik, terutama pemilik yang aktif dalam pembayaran Caj Penyelenggaraan dan Pengurusan (MMC) adalah dijemput hadir.

Jamuan makan tengahari akan disediakan.

Sekian. Terima kasih.

Setiausaha
Perbadanan Pengurusan Bersama
Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 & 6

=================================

NOTICE: Second Annual General Meeting
=================================

Please be informed that the Second Annual General Meeting will be held on the following date, time and location:

Date: 28 June 2009 (Sunday)
Time: 10.30 am
Location: Multi Purpose Hall
Sri Palma Villa 123 & 6

All house owner, especially who have actively paid their Maintenance and Management Charge (MMC) are requested to attend this meeting. Lunch shall be provided.

Thank you.

Secretary
JMB of Sri Palma Villa Block 1, 2, 3 & 6

Saturday, January 10, 2009

Lift di Blok 1.... Telah Diperbaiki...

Syukur lift ini kembali beroperasi selepas jam 10.00 malam tadi (9 Jan 09).

Perbadanan akan bermesyuarat pada hari Ahad ini untuk membincangkan mengenai lift kedua di blok 1 dan 3 yang selama ini dirasakan perlu diperbaiki dan memerlukan sejumlah RM16,000.00.

Perbadanan berharap mendapat kerjasama semua untuk menjaga kemudahan awam demi kebaikan bersama.

Terima kasih.

Azman Badaruddin
Pengerusi

Friday, January 9, 2009

LIFT BLOK 1


Salam sejahtera,

Setelah lift di blok 2 meragam sebulan yang lalu, kini lift blok 1 pula meragam. Ini bermakna kedua-dua lift di blok 1 telah tidak berfungsi dan ini berlaku beberapa hari yang lepas.

Lift di blok 2 telah diperbaiki dan Perbadanan juga telah membaiki lift kedua di blok ini. Kos membaiki lift kedua tersebut mencecah RM17,000 lebih dan dipersetujui oleh pihak kontraktor untuk pembayaran bulanan selama tiga bulan. Perbadanan telah membayar kos pembaikan bulanan pertama berjumlah melebihi RM7,000.00. Perbadanan masih berhutang dengan kontraktor sebanyak RM10,000 untuk pembaikan ini.

Perbadanan berharap supaya lebih ramai yang membayar MMC supaya wang kutipan ini dapat digunakan untuk membaiki lift kedua di blok 1 dan lift kedua di blok 3. Kos membaiki kedua-dua lift ini mencecah RM16,000.00.

Pihak kontraktor telah dihubungi dan telah mengambil tindakan yang sewajarnya. "Inverter" untuk lift ini didapati rosak dan memerlukan beberapa hari untuk proses pembaikan. Pihak Perbadanan barharap semua penghuni bersabar dan bersama dengan Perbadanan untuk beberapa hari ini.

Dijangkakan lift tersebut akan berfungsi semula pada hari Sabtu (10 Jan 2009).

Harap maklum.

Azman Badaruddin
Pengerusi

Wednesday, December 31, 2008

2008 Meninggalkan Kita.... 2009... Cabaran Menanti...

Salam bahagia...

Maaf kerana lama tidak menulis di laman blog ini. Seperti anda, saya juga kadangkala terbelenggu dengan tugas-tugas hakiki seharian. Apapun, Perbadanan masih seperti dahulu tetapi, tugas-tugas yang diberikan terasa perbezaannya. Ini semua berkat kerjasama yang diberikan oleh anda semua dalam menunaikan tanggungjawab anda sebagai pemilik unit kondo Sri Palma Villa.

Diketuai oleh Saudara Shafiq selaku Resident Manager, masalah-masalah para penghuni dapat diselesaikan dengan baik. Bunyi bising pembesar suara kini berkurangan setelah dinasihatkan oleh pengurusan SPV. Urusan pejabat berjalan dengan lancar dan tiada bermasalah besar. Saudara Shafiq dibantu oleh Saudari Helma yang bertugas sebagai Financial Clerk. Saudari Helma akan memeriksa semua kutipan caj penyenggaraan dan pengurusan secara berjadual. Ini bagi memastikan tiadanya pembayaran yang dibuat yang tidak direkodkan.

Sepertimana yang dapat saudara saudari lihat, kolam renang kita juga telah dijaga dengan baik sekali oleh Unit Maintenance yang diketuai oleh Saudara Herman. Dibantu oleh dua Gardener, semua pokok-pokok renik telah di "trim" dengan baik. Rumput-rumput kini tidak berpeluang untuk tumbuh lebih tinggi kerana mereka akan ditebas secara berjadual. Saudara Herman juga dibantu oleh lima orang Cleaners. Empat ditugaskan untuk membersih blok-blok secara berjadual dan saorang khas untuk kawasan Club House dan sekitaran Surau. Saudara Herman juga dibantu oleh saorang Electrician. Disebabkan jawatan Electrician ini baru saja diumumkan, kesan yang wajar dilihat mungkin dapat dilihat dalam jangkamasa dua ke tiga bulan.

Unit Keselamatan kini mempunyai kekuatan seramai tujuh orang. Diketuai oleh Saudara Anuar, Unit ini akan memastikan kawasan-kawasan "common property" dan kelengkapannya dijagai. Pihak Perbadanan juga akan melaksanakan semula sistem kad akses. Pembelian untuk sistem ini telah dibuat dan pemasangannya akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor dalam jangkamasa 2 minggu. Semua penghuni dan pemilik yang masih mempunyai kad akses yang lama dikehendaki untuk mendaftarkannya semula dengan seberapa segera.

Kutipan kewangan (MMC) masih lagi tidak memuaskan. Disebabkan ini, Perbadanan masih lagi mengurus Sri Palma Villa ini secara yang minima tetapi cukup untuk mencetuskan suasana yang indah untuk didiami.

Mesyuarat Agung Kali Ke Dua akan diadakan pada bulan Mac 2009. Pihak Perbadanan akan menetapkan tarikh mesyuarat tersebut pada edaran inbois bulan Februari 2009. Borang Usul atau Cadangan akan juga diedarkan pada tarikh tersebut. Pemilik boleh mengusulkan apa saja untuk kita bincangkan bersama semasa Mesyuarat Agung tersebut nanti. Pengundian terhadap usul hanya akan diterima dari kalangan pemilik yang melunaskan bayaran MMC bulanan mereka.

Sekian untuk kali ini. Semoga 2008 beredar dengan seribu keberkatan kepada Perbadanan ini dan semoga 2009 datang dengan keindahan dan kemurahan rezeki untuk kita semua.

Azman Badaruddin
Pengerusi
JMB SPV 1236

Monday, October 13, 2008

Jabatan Bekalan Air

Pihak Perbadanan telah menemui Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan pada hari Jumaat (10 Oct 2008) lepas bagi membincangkan mengenai akaun tertunggak sebanyak melebihi RM140K yang telah ditinggalkan oleh pihak Dataran Mantin.

Dalam perbincangan tersebut, Perbadanan dimaklumkan bahawa tariff air untuk kompleks kediaman ini sedang dikaji pertukarannya dan mungkin dapat diselesaikan dalam masa satu ke dua bulan. Adalah diharapkan supaya JBANS dapat menggunakan kadar tariff kediaman yang jauh lebih rendah daripada kadar sedia ada iaitu kadar komersil kerana kompleks ini didiami oleh penghuni dan penyewa dan bukan digunakan untuk pejabat atau seumpamanya.

Pemberian meter air individu sedang dikaji. Ini disebabkan sekiranya JBANS memberikan meter air individu, mereka perlu bertanggung-jawab untuk menyelenggara tangki air, pam air dan segala yang berkaitan sebelum sampai ke meter air di rumah tuan-puan. Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan, Perbadanan mungkin terpaksa untuk mengganti semua meter sedia ada kerana meter ini yang disediakan oleh pihak Dataran Mantin tidak mempunyai nombor siri yang terang. Ini menyebabkan ada penghuni rumah yang mengambil langkah sendiri menukar meter air mereka bagi mengelakkan membayar bil yang tinggi.

Tunggakkan yang ditinggalkan oleh pihak Dataran Mantin akan mereka (JBANS) tuntut dari pihak Dataran Mantin. Perbadanan akan membayar bil semasa berdasarkan apa yang telah terkumpul sehingga ini dari pemilik-pemilik yang membayar. Untuk berlaku adil kepada semua pemilik, Perbadanan mungkin terpaksa untuk melaksanakan pemotongan meter air untuk bil-bil tertunggak. Perbadanan juga mungkin terpaksa untuk melaksanakan konsep wang cagaran dimana pemilik-pemilik perlu membayar sedikit cagaran kepada Perbadanan. Pemotongan meter air akan dilakukan sekiranya bil tertunggak melebihi wang cagaran. Ini sedang dikaji oleh pihak Perbadanan.

Sekian. Terima Kasih.

MESYUARAT BERSAMA PENGHUNI SPV 1236 AKAN DIADAKAN PADA 19 OCTOBER 2008 JAM 5.00 PETANG BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA SPV. JAMUAN BERKONSEPKAN "POT LUCK PARTY" AKAN DIADAKAN SELEPAS MESYUARAT. HADIRIN DIGALAKKAN MEMBAWA SENDIRI MAKANAN YANG TERMAMPU UNTUK DIKONGSI SAMA DENGAN SEMUA PEMILIK. PIHAK PERBADANAN AKAN MENYEDIAKAN AIR MINUMAN. SEMUA PENGHUNI/PENYEWA ADALAH DIKEHENDAKI HADIR BAGI MEMBINCANGKAN MASALAH SEMASA.

Thursday, September 25, 2008

Third Notice Issued...

Semua pemilik rumah sekelian,

Kami sedang mencetak notis ketiga (Tuntutan August 08) bagi menuntut bayaran tertunggak daripada pemilik-pemilik yang akaun mereka tertunggak melebihi RM500.00. Pihak Perbadanan amat berharap agar pemilik yang berkenaan dapat melunaskan pembayaran mereka dengan kadar segera.

Walaupun pihak Perbadanan keberatan untuk mengambil tindakan undang-undang yang seterusnya, namun, Perbadanan mungkin terpaksa berbuat demikian sebagaimana yang diamanahkan demi menjalankan kehendak Akta 663.

Perbadanan amat berharap mendapat kerjasama dari semua pemilik agar beban pengurusan ini dapat dikongsi bersama.

Sekian dimaklumkan.

Azman Badaruddin
Pengerusi
PPBSPV1236