Wednesday, August 13, 2008

August Invoice....

Salam sejahtaera,

SATU

Inbois untuk bulan Ogos akan diposkan pada 15 Ogos 2008. Inbois ini telah diubahsuai bagi memberikan lebih data kepada pemilik mengenai caj-caj yang telah dibayar serta bayaran-bayaran yang telah diterima. Walaupun inbois ini menunjukkan sehingga ke bulan Disember 2008, ini tidak bermakna yang tuan-puan perlu membayar kesemuanya. Memadai jika tuan-puan membayar untuk bulan Ogos dan bulan-bulan yang sebelumnya, sekiranya belum berbuat demikian.

DUA

Seperti yang dijanjikan, pemilik yang telah membuat bayaran caj penyenggaraan dan pengurusan (MMC) untuk sekurang-kurangnya bagi bulan April 2008 sebelum 5 Ogos 2008, akan dikecualikan daripada membayar faedah yang terkumpul sehingga 5 Ogos 2008. Walaubagaimanapun, pengiraan faedah keatas bulan-bulan lepas yang masih belum dilunaskan pembayaran MMCnya akan dimulakan pada 15 Ogos 2008 dan seterusnya.

TIGA

Insuran - Kutipan insuran kebakaran tidak mencapai matlamatnya. Perbadanan memerlukan RM75,000 sebagai premium untuk perlindungan sebanyak RM108,000,000.00. Kutipan akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2008. Pada masa ini Perbadanan sedang berbincang dengan beberapa syarikat insuran untuk insuran kebakaran dan cuma pemilik yang membayar sahaja akan dilindungi.

EMPAT

Cuti sekolah akan bermula. Perbadanan sedang menguruskan supaya kolam renang dapat dibuka semula agar tuan-puan dapat membawa anak-anak untuk mandi-manda dan bersuka-ria. Namun tempoh pembukaan adalah dari jam 0800 pagi hingga 1830 petang sahaja. Perbadanan tidak dapat membukanya sehingga 2100 malam kerana bekalan elektrik ke rumah kelab tersebut yang di"potong" oleh pihak Tenaga Nasional Berhad, masih belum mendapat kata putus dari pihak DMSB. Perbadanan cuma dapat menyediakan bekalan sementara ke mesin pam air sahaja.

LIMA

Sampah sarap. Masih terdapat ramai penghuni/penyewa yang membuang sampah sesuka hati mereka di sekitar blok masing-masing. Perbadanan berharap para pemilik dapat menasihati penyewa mereka supaya membuang sampah di rumah-rumah sampah yang disediakan. Sekiranya ini berterusan, Perbadanan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka.

Sekian.

Azman Badaruddin
Pengerusi
JMB SPV 1236