Saturday, May 8, 2010

Operasi Cabut Meter


Salam sejahtera,

Perbadanan sedang melaksanakan Operasi Cabut Meter Air bagi pengguna-pengguna atau pemilik-pemilik unit yang degil dan tidak pernah membayar walau sesen pun sejak Perbadanan ditubuhkan pada 1 April 2008. Sebanyak 549 unit rumah terlibat dalam operasi ini dan apa yang dikesali ialah terdapat unit-unit yang berpenghuni tetapi mereka mengambil sikap acuh tak acuh untuk membayar bil air masing-masing. Akibatnya, Perbadanan menamatkan perkhidmatan bekalan air kepada mereka dan jangka air mereka ditanggalkan. Mereka perlu untuk memohon semula untuk perkhidmatan air yang baru dan mereka perlu membayar segala tunggakkan, cagaran dan caj pemasangan semula.

Sehubungan dengan itu, bermula pada 1 Mei 2010, permohonan perkhidmatan air yang baru perlu untuk membayar perkara-perkara berikut sebelum sebarang kelulusan diberikan.
1. Membayar deposit air sebanyak RM300.00 (akan dikembalikan pada penamatan perkhidmatan setelah di tolak apa-apa tunggakkan yang terlibat)
2. Membayar caj pemprosesan pemasangan jangka air dan urusan-urusan pejabat sebanyak RM50.00
3. Membayar segala tunggakkan.

Ini merupakan Fasa Pertama dalam operasi ini dimana selepas ini, Perbadanan akan mengejar pemilik-pemilik yang mempunyai jumlah bil air tertunggak yang tinggi. Perbadanan berharap mendapat kerjasama semua pemilik dalam menjalankan tanggung jawab masing-masing untuk membayar bil air masing-masing.

Sekian dimaklumkan.

Azman Badaruddin
Pengerusi





Perbadanan

No comments: