Saturday, April 23, 2011

NOTIS KEDUA

Maaf kerana saya tiada pilihan lain dalam menjalankan tugas sebagai Pengerusi di Perbadanan ini selain daripada mengeluarkan Notis Kedua pada bulan ini. Notis pertama telahpun dikeluarkan pada bulan Januari lepas dan tempoh 3 bulan untuk melunaskan semua hutang tertunggak sepatutnya telah digunakan dengan sebaiknya.

Notis Kedua ini akan tamat tempohnya pada hujung bulan ini. Selepas ini, satu senarai "defaulter" akan ditampalkan di papan notis. Satu senarai juga akan dimajukan kepada peguam Perbadanan untuk tindakkan mereka selanjutnya. Pada kebiasaannya, pihak peguam akan mengeluarkan satu lagi notis sebelum menfailkan perkara ini ke makhamah. Pihak peguam juga akan mengenakan caj RM50.00 bagi pengeluaran notis tersebut. Caj ini bersama dengan caj makhamah nanti akan terpaksa dibayar oleh kalian semua.

Satu senarai juga akan dimajukan kepada Persuruhjaya Bangunan di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi tindakkan susulan selepas proses makhamah dilaksanakan. Antara tindakkan yang boleh dikuatkuasakan oleh MPN termasuklah menyita semua harta yang terkandung di dalam unit rumah berkenaan tanpa mengira samada ianya milik tuan rumah atau penyewa. Tindakkan ini tidak sahaja akan dilakukan di Sri Palma Villa malah mereka berkuasa untuk merampas mana-mana harta alih di rumah-rumah pemilik di lokasi lain.

Bagi yang mempunyai caj tertunggak, harap dapat dijelaskan dengan kadar segera. Ini bukan saja untuk kebaikkan saudara-saudari, tetapi untuk kebaikkan Sri Palma Villa juga.

Sekian dan harap maklum.

Azman Badaruddin
Pengerusi
Perbadanan Pengurusan Bersama
Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 & 6

No comments: