Monday, September 22, 2008

Extra Ordinary General Meeting... 21 Sept 2008


Pemilik Sri Palma Villa sekelian,

Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dijanjikan telah berjalan dengan lancar semalam. Hidangan berbuka puasa dihidangkan dan dijamah oleh semua kaum termasuk penyewa kompleks.

Ketetapan berikut dibuat setelah semua yang hadir bersetuju dan mengakui tentang kepentingan menjaga harta bersama demi memastikan ianya dapat bertahan walaupun dengan kewangan yang sedikit.

1. Mesyuarat sebulat suara menyatakan pendirian mereka agar Caj Penyenggaraan dan Pengurusan (MMC) dikekal sebanyak RM150.00 sebulan.

Sebab musabab:

Fakta menunjukkan bahawa Perbadanan telah menguruskan kompleks ini dengan pengurusan yang paling minima dan dengan kos yang berjumlah hampir memcecah RM30,000 sebulan. Pihak Perbadanan tidak dapat untuk menaikkan tahap penyelenggaraan ini dari pengurusan minima kerana beban kewangan yang mendesak. Kutipan tertinggi (bulan April) yang diterima oleh Perbadanan cuma berjumlah sekitar RM27,500 sahaja. Pengurusan secara minima ini mungkin berterusan sekira kutipan yang diterima Perbadanan masih sama untuk bulan-bulan kehadapan. Fakta-fakta pendapatan dan perbelanjaan Perbadanan ini akan dikemukakan kepada semua pemilik dalam pengiriman inbois bulan Oktober 2008 akan datang.

2. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk melancarkan promosi "Towards Zero MMC". Ini bertujuan untuk mengumpul kewangan ketahap dimana kita tidak lagi perlu untuk membayar MMC pada suatu hari nanti. Wang yang terkumpul akan di masukkan ke dalam "fixed deposit" atau lain-lain instrumen kewangan yang difikirkan wajar, bagi menjana faedah yang mana boleh digunakan untuk menguruskan dan menyelenggara kompleks ini tanpa menyentuh wang sumbangan pemilik.

Bagi tujuan tersebut, diskaun akan diberikan bagi menggalakkan pemilik membayar caj penyenggaraan dan pengurusan (MMC) untuk minima satu tahun kehadapan. Dibawah promosi ini, mana-mana pemilik yang sanggup untuk membayar untuk tempuh minima setahun kehadapan, akan diberikan diskaun sebanyak RM150. Ini bermakna, mereka hanya perlu membayar sebanyak RM1,650 sahaja (11 bulan sahaja) dan tidak perlu membayar untuk bulan ke dua belas. Pembayaran untuk dua tahun kehadapan pula akan diberikan diskaun sebanyak RM300 dan seterusnya.

Apa pun, pembayaran MMC tersebut perlu disertakan bersama dengan caj minima air untuk setahun iaitu RM60 atau RM120 untuk pembayaran dua tahun kehadapan dan seterusnya. Pemilik-pemilik yang telah membayar untuk beberapa bulan kehadapan dan ingin menyertai promosi diskaun hebat ini hendaklah berhubungan dengan Perbadanan bagi mengetahui kedudukan pembayaran mereka dan jumlah yang perlu ditambah.

Promosi ini juga akan membebaskan pemilik daripada memikirkan pembayaran bulanan dan cuma menyimpan "statement" bulanan sebagai rekod tanpa perlu untuk menulis cek atau ke kaunter bank.

3. Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju untuk TIDAK memberikan sebarang diskaun kepada pemilik yang belum melunaskan pembayaran MMC mereka hingga ketarikh ini. Mesyuarat berpendapat bahawa Perbadanan bukanlah suatu syarikat yang menjana keuntungan tetapi lebih kepada badan amanah yang menguruskan wang sumbangan pemilik dalam menyenggara dan mengurus kompleks Sri Palma Villa ini. Perbadanan tidak membuat sebarang keuntungan dan oleh itu mesyuarat tidak dapat meluluskan pemberian diskaun kepada mereka-mereka yang tidak membayar caj MMC mereka.

Mesyuarat ditamatkan pada jam 6.00 petang disusuli dengan jamuan berbuka puasa pada jam 7.13 petang. Mesyuarat Agung yang akan datang akan diadakan pada bulan Mac 2009.

Sekian, terima kasih.

Azman Badaruddin
Pengerusi
PPBSPV1236

No comments: