Thursday, July 10, 2008

KOLAM RENANG TERPAKSA DITUTUP....


Pemilik sekelian....

Setelah dikejutkan dengan bil air yang tertunggak beberapa hari lepas, Perbadanan dikejutkan lagi dengan bil elektrik yang tertunggak juga. Bil elektrik untuk kawasan kolam renang (club house) mencecah melebihi RM17,000.00. Perbadanan telah membayar lebih RM3,000.00 bagi bil semasa yang dikira bermula dari 1 April 2008 dan meninggalkan RM14,000.00 untuk dibayar oleh pihak Dataran Mantin namun, pihak Tenaga Nasional telah mengambil tindakkan memotong bekalan elektrik bagi club house tersebut. Jadi, Perbadanan terpaksa akur dan sedang mencari jalan memujuk pihak Dataran Mantin untuk membayar semua tunggakkan yang dituntut oleh Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Bekalan Air. Tanpa elektrik, pam untuk kolam renang tidak dapat beroperasi dan menjadikan air kolam berlumut.

Jadi Perbadanan tiada pilihan selain daripada menutup perkhidmatan kolam renang berkuatkuasa serta merta.

Sekian untuk makluman.

Azman Badaruddin
Pengerusi
JMB SPV 1236

No comments: