Wednesday, July 9, 2008

Water Bills.... wow...

Sekelian Pemilik Rumah.....

Kami menerima bil air semasa dan tertunggak berjumlah melebihi RM150,000.00. Bagaimana ianya terjadi... mengapa sebegini tinggi... hanya Dataran Mantin Sdn. Bhd. (DMSB) sahaja yang boleh menjawab. Perbadanan telah berjumpa dengan pihak Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) semalam dan dimaklumkan bahawa mereka boleh menamatkan perkhidmatan air ke SPV pada bila-bila masa. JBANS juga memaklumkan bahawa telah bertemu dengan DMSB di pejabat DMSB sendiri dan telah mengemukakan cadangan pembayaran balik berjadual dengan kadar-kadar tertentu kepada DMSB. Namun hasilnya adalah tidak mengikut seperti cadangan JBANS.

Perbadanan cuba untuk "melembutkan hati" JBANS agar tidak mengambil tindakan memotong bekalan air ke SPV dengan mencadangkan untuk membayar bil semasa kepada mereka tetapi ini tidak dapat mereka terima kerana jumlah tertunggak yang terlalu tinggi.

Setelah meneliti corak pembayaran air samada bil semasa atau bil tunggakkan yang dikemukakan oleh pihak Perbadanan tempoh hari, Perbadanan mendapati cuma 90 orang sahaja daripada 980 rumah yang telah menjelaskan bil air mereka. Ada yang membayar cuma bil semasa sahaja tanpa menghiraukan bil tunggakkan. Jumlah bayaran yang telah Perbadanan terima sehingga kini ialah RM9,132.83 sahaja. Jumlah bil semasa yang perlu dikutip oleh pihak Perbadanan untuk tempoh ini ialah RM23,191.40 manakala jumlah tertunggak di zaman DMSB berjumlah RM158,292.43.

Apa pun hakikatnya, sekiranya Perbadanan ataupun DMSB tidak menjelaskan bil ini, penguatkuasaan pemotongan mungkin terpaksa dibuat oleh pihak JBANS. Perbadanan sendiri terpaksa mengambil tindakkan keras dengan memotong bekalan air ke rumah-rumah yang tidak langsung membayar satu sen pun. Perbadanan tiada pilihan lain demi untuk kebaikkan bersama.

Perbadanan mungkin juga terpaksa menutup dan mengeringkan kolam renang bagi mengurangkan penggunaan air. Meter-meter untuk beberapa rumah lelong telahpun Perbadanan cabut bagi memastikan tiada berlaku sebarang kebocoran di dalam rumah.

Perbadanan amat berharap mendapat sokongan semua untuk memastikan pihak JBANS tidak melakukan pemotongan air.

Sekian untuk masa ini...

Azman Badaruddin
Pengerusi
JMB SPV 1236

No comments: